May 30, 2009

SUJUD

Ya Allah, sangat sedikit kami sujud kepada-Mu,
Tidak terasa hangatnya dahi menyentuh bumi,
mencium hanyir tanah yang menjadi selimut mati.

Ya Allah, sangat sedikit kami menjunjung mihrab-Mu,
Gelisah membilang zikir dek akal berkecamuk fikir
sedang tangan menadah mulut merungut menyumpah
dek imam terlalu panjang berdoa
tangan lelah meminta-minta
sedang hati disihir nikmat dunia.

Ya Allah, apakah kerana dialas tebal sejadah
atau dek pendingin hawa dalam masjid berkubah indah
sehingga hati tidak lagi merasa nikmat berkiblatkan Kaabah. – Ibnu Ahmad al-Kurauwi

No comments: