Oct 7, 2008

salam adilfitri....




Syukur.


Syukur kerana saya berjaya menyelusuri bulan ramadhan dan merentasi bulan syawal yang bagi saya kurang meriahnya. satu kebiasaan buat saya...


Dan semalam,saya berjaya menghabiskan puasa enam bagi memenuhi tuntutan rohaniah diri...
Maka,syukur sekali lagi..
Ada yang ingin dikongsi sempena kepulangan saya ke JB semasa cuti raya nan lalu..
Dipermudahkan segala plot ceritera, saya gembira kerana dapat keluar bersama rakan-rakan dan insan yang bertakhta di sanubari..
Sepanjang keberadaan saya di Jb,pelbagai aktiviti yang dijadikan pengisian sesama kami..
Berjalan-jalan di tepian laut, berbuka puasa di Senibong, menghirup udara syawal segar di Danga Bay dan memanjakan diri dengan belaian pawana di sekitar Permas Jaya serta meredah masuk kebeberapa gedung membeli-belah:Danga Mall,City Square,Jusco dan Plaza Pelangi.
Sebenarnya, inilah erti keseronokan beraya bagi saya.Bukannya terperap menanti tetamu di pagi hari raya dan tergelak sepi menonton Astro. Akan tetapi berhibur ria bersama rakan taulan mengelilingi kota batu biarpun sudah lali di JB tu ...tapi tak pernah disulam rasa kebosanan.
SAlam AidiLFitRi........................................Maaf ZaHir DAn bAtiN