Oct 19, 2008

Ceria Di Sungai Congkak

Menceritakan kembali apa yang pernah dilalui memang menjadi lumrah bagi kebanyakan manusia. Begitu juga dengan saya yang tidak terkecuali melalui pelbagai suka duka pengalaman yang manis.


Sungai Congkak (SC) : entah air terjun keberpa kali yang pernah saya kunjungi. Miliki keistimewaan tersendiri. Miliki daya tarikan yang tidak bisa saya lupakan. Seawal pagi,belum sempat matahari menyimbah dengan seterik-teriknya, kami sugah berjayamelewati kadamaian sc. Masing-masing tertanya-tanya adakah air di sana terlalu sejuk sesejuk Air Terjun Hulu Yam? Bermula dengan membakar ayam perap ala-ala BBQ, kami terus memanggang gaging tang jugak telah diperap. kemudian, kami akhiri dengan membakar sosej. Betapa enaknya hasil pemanggangan tersebut hingga tidak tetinggal walau sedikit saki-bakinya. Bermacam, aktiviti yang menyusul selepas itu. Ada sukaneka dan yang paling penting adalah mandi-manda sesama kami di sc itu sendiri. Pelbagai permainan yang menarik diatur semasa kami berendam. Kualiti air di sana agak memuaskan:bersih,jernih dan sejuk.
Kami akhiri program tersebut dengan ucapan saya selaku Ketua Pengarah Hari Interaksi PMFSSK 2008. Jam 6.00 kami beransur ke UKM. Alhamdulillah, semuanya berjalan tanpa sekat-sekat yang menyukarkan. Dan, Rabu (22 Oktober 2008) nanti, saya sekali lagi bakal mengepalai satu lagi majlis Program Linguistik, juga atas nama Ketua Pengarah. Moga semuanya berjalan seperti mana yang terkalam dalam tentatif program dan menggembirakan hati semua tetamu jemputan.....walaupun bukan senang untuk kita menggembirakan hati semua pihak....

Ceria pada Hari Interaksi PMFSSK

ceria sangat kala itu
bermesra
ada rasa lara
tp pendama je mcm biasa