Apr 30, 2009

Puan Harishon


Semalam, 29 April aku lunch sama2 dengan puan
erm, sebenarnya bkn aku sorang tapi semua anak buah puan yang bernaung bawah puan atasa nama tesis
5 orang semuanya-aku, mida, tika, delia n faiz
yelah, puan kn supervisor kami.

Yang bestnya, puan belanja apa sahaja yang kami nak makan
aku dan yang lain pilih nasi beriani berlaukkan ayam
ala, lite2 jer kn.
siap bergambar lg.kwang3
whatever it is, terima kasih ya puan.

Banyak sgt topik yang kami bualkan sampai dh nk dekat pukul 2pm
daripada sejarah linguistik, diperpanjangkan ke kpli, master, pensyarah2
paling menariknya, puan tanya nk wat pe kalau dh habis study
time 2, mida ckp yang delia nk kahwin
berseloroh sgt
nasib baik aku tak tesembur nasi beriani kat muka tika
(yang merupakan perempuan linguistik tercantik) : cantik ke? cantik la

Kat sini, aku nk ceritakn sejarah aku mula rapat dengan puan
Starting, aku kenal puan masa pemilihan pemantun linguistik UKM ke USM, PULAU PINANG.
time tu, puan minta aku tentukan warna busana dan hiasan yang nak dililitkan kat bdn pemantun. tu task pertama yang aku dpt
aku cuba buat yang terbaik
hasilnya, pemantun UKM paling menyerlah masa tu
Puan juga suruh aku latih budk2 pompuan tentang pantun
just imagine, puan suruh aku latih diaorg tanpa sebarang tema pantun
tu cabarannya.

Masa hari last kat Pulau Pinang, puan bawak kami lawat satu kawasan kat Penang ni yang banyak jual jeruk...pendek kata, sederet kedai tu ada jual aneka jenis jeruk
puan Kalthum belanja aku 1 peket jeruk
Masa tu, nk dijadikan cerita, puan Harishon n puan Kalthum beli barang banyak sgt sampai tak terangkat
maklumlah orang perempuan kn
then, puan suruh Faiz dan aku angkatkan barang2 diaorang n kite orang pun mengikutlah ke mana saja puan tuju.

HAH, maybe, sebab tu lah aku n faiz terpilih jadi anak buah tesis seliaan puan Harishon, aku tk tahu setakat mana betul atau tak firasat hati aku ni
tapi naluri aku kuat mengatakan yang aku n faiz jadi anak buahnya coz tolong puan masa kat Penang.
aku dan Faiz pun pernah bincang pasal benda ni

Lepas balik dari Penang, beberapa hari pastu, ada majlis high tea linguistik
kak Akma jd KP-ketua pengarah
time tu, puan lantik aku jadi pengacara majlis
aku dipasangkan dengan kak syahidatus soleha
maklumlah, kami berdua sama2 jadi pemantun masa kat USM dulu
keje aku masa jadi pengacara, asyik berpantun memanjang
huhu....
Dan, kak syahidatus solehah aku iktiraf sebagai pasangan pengacara TERBAIK dalam sejarah aku jadi pengacara kat UKM
susah nak dapat suara yang amatlah melankolik dan lembut macam kak syahidatus

Pastu, tahun 2008 pulak, Prof. Shima lantik aku jadi Ketua Pengarah Majlis Sambutan Hari Mentor Mentee Linguistik 2008.
Once again, aku berkerjasama dengan puan yang ketika itu jadi pensyarah penasihat program aku, banyak yang puan tolong.
terima kasih puan.
so, aku jadi makin serasi n makin dekat dengan puan.

Lepas je habis program aku, puan mintak aku tolong dia buatkan pantun.
Nak tahu tak kenape puan suruh buatkan pantun untuk dia?
coz puan diamanatkan untuk jadi pengacara sebuah majlis FSSK ni
kalau tak silap kat hotel equtorial bangi
no wonder lah kn.

April 2009, ada high tea linguistik, masa ni aku tak nak jadi ketua pengarah coz nk bagi peluang pada orang lain
Ayu jadi KP
aku just jadi Pengarah Program jerrrr....
Yang peliknya, hari berlangsungnya high tea dh nk dekat tapi entah macam mana, puan mati2 ingat yang aku lah yang jd KP coz puan ada tanya kat aku nape tak hantar surat jemputan kat pensyarah2 lain..?
Then, aku ckp yang aku tak tahu menahu...
sekali lagi aku berkerjasama dengan puan
hubungan aku n puan jd makin rapat

Satu petang, aku nk jumpa puan nk ambik balik draf tesis, tapi masa 2 puan jalan tak bermaya
puan semput n gastrik....kesian sangat. pucat muka puan..
aku tolong puan angkatkan barang2 puan dan aku temankan puan sampai dalam kelas budak tahun 2-DKBA
esoknya puan ke HUKM

Masa tulis blog ni, aku teringat pesan puan, kalau nk dapat A dalam exam, bukan kerana cara belajar kita semata-mata, tapi yang penting kte kena rapat dengan pensyarah tu.
ni puan cakap masa kelas linguistik n komunikasi.


Demikianlah RENTETAN sejarah rapatnya hubungan aku n puan Harishon

Beg Yang Dimaksudkan



Semalam aku g The Garden, ala, yang sebelah Mid Valley tu la.
Target n motif memang nk cari beg
beg yang macam mana belum aku tetapkan
coz just nk servey dulu
bukan apa, just nk cari yang terbaik
dan paling penting
B4 that, aku redah dulu midv
then, barulah masuk The Garden
sesak dlmnya, sesak dengan model2 fashion show
tgk cara n gaya, semua model 2 mcm model profesional
penat-memang-penat
tapi puas coz dapat jumpa gak
beg renoma
ya, beg renoma paris
beg yang sgtlah lawa
tp, tu just pada mata aku kot
yang penting aku sendiri berkenan
coz aku jugak yang nk pakai
Honestly, aku suka sgt jahitan n reka gaya beg tu
x nampak terlalu sempoi n tak la formal sgt
simple sgt2
ala, sumtime kte kena berpegang pada prinsip less is more.





Tapi tak bererti yang aku harus lupakan beg dunhill dan hugo boss kesayangan aku kn………

Tesis

Yes, tesis aku dh siap. Gembira rasa hati. Yang sebenarnya, bnyk cabaran n rintangan yang terlintang dlm perjalanan siapkan tesis.Daripada pembentangan poposal lagi, aku nampak yang aku perlu ubah banyak bentuk n aspek dalam tesis tu. Dh lah masa presentation proposal aku tu, En. Azlan Mis hentam aku teruk2. Biasalah, semua ni senior-senior aku dh pernah lalui. Untuk siapkan tesis ijazah setebal 165 pages ni, bukan mudah, tapi banyak risiko yang perlu aku tanggung. Just imagine, draf yang aku buat hampir menyamai 3 kali ganda pages tesis aku yang dh siap. Banyak kn. Ye lah, kena edit itu ini...tentang final touch plak, aku buat malam sebelum aku jilid tesisnya, mana nak buat preparation untuk final exam lagi, itu inilah..

Pagi tu, aku ada exam dialektologi. Pastu, terus bergegas ke kedai jilid tesis nearest to KTM UKM. Then, aku submit pada puan hard n soft copy. Puan tandatangan n aku pun hantar ke pejabat PPBL. Paling penting, aku jd org no. 2 yang hantar tesis, lambat 10 minit jer daripada Faiz,,Buat Faiz, tahniah coz jadi orang pertama yang hantar tesis n mayb ni jd rekod peribadi dia..tahniah yer..Cayalah ko, Faiz! Alah, biasalah anak seliaan Puan Harishon……..Apapun ,aku terlalulah gembira bla pegang tesis aku yang dh dijilid tu. Bukan apa, memang lega n aku dh boleh tumpukn perhatian pada exam..Nampak hasil daripada kesungguhan selama ni.

Dalam aku buat tesis ni, ada seorang yang paling banyak membantu..Bantu segalanya pasal tesis aku,,Mayb x payahlah nk sebut satu-persatu, Cuma nama dia aku ada selitkan dalam bahagian perhargaan dalam tesis aku, nak tahu? just check it out at Pusat Sumber Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, UKM.

Banyak yang membantu aku sepanjang proses aku nk siapkan tesis, buat kalian semua,
Terima kasih daun keladi
Semoga Allah akan membalas jasa baik u ols.