Oct 21, 2008

Dekat tapi masih jauh: Tun Mahathir


Semalam, aku bergegas menuju Canselori hanya untuk menemui tokoh yang aku simpan jauh di pedalaman hati...terlalu kagum pada ketokohan beliau..itulah Tun Mahathir,.


Difikirkan dapat berjabat tangan serta bertukar-tukar greeting bersama Tun..tapi hampa yang dirasakan...tak sepatutnya diskusi yang melibatkan Tun dibuat di Dewan Senat yang hanya sebesar kangkangan kera. Sepatutnya, diskusi yang melibatkan Tun wajar dibuat di mana-mana dewan nan mega..mengamuk sungguh hati ini tika itu...Entah apa pewajarannya dibuat di Dewan Senat...Ada apa dengan Dewan Senat ? Sekadar eksklusif tapi tak berupaya menghimpunkan ramai manusia yang mengagumi Tun pada satu-satu masa.

Oct 19, 2008

Ceria Di Sungai Congkak

Menceritakan kembali apa yang pernah dilalui memang menjadi lumrah bagi kebanyakan manusia. Begitu juga dengan saya yang tidak terkecuali melalui pelbagai suka duka pengalaman yang manis.


Sungai Congkak (SC) : entah air terjun keberpa kali yang pernah saya kunjungi. Miliki keistimewaan tersendiri. Miliki daya tarikan yang tidak bisa saya lupakan. Seawal pagi,belum sempat matahari menyimbah dengan seterik-teriknya, kami sugah berjayamelewati kadamaian sc. Masing-masing tertanya-tanya adakah air di sana terlalu sejuk sesejuk Air Terjun Hulu Yam? Bermula dengan membakar ayam perap ala-ala BBQ, kami terus memanggang gaging tang jugak telah diperap. kemudian, kami akhiri dengan membakar sosej. Betapa enaknya hasil pemanggangan tersebut hingga tidak tetinggal walau sedikit saki-bakinya. Bermacam, aktiviti yang menyusul selepas itu. Ada sukaneka dan yang paling penting adalah mandi-manda sesama kami di sc itu sendiri. Pelbagai permainan yang menarik diatur semasa kami berendam. Kualiti air di sana agak memuaskan:bersih,jernih dan sejuk.
Kami akhiri program tersebut dengan ucapan saya selaku Ketua Pengarah Hari Interaksi PMFSSK 2008. Jam 6.00 kami beransur ke UKM. Alhamdulillah, semuanya berjalan tanpa sekat-sekat yang menyukarkan. Dan, Rabu (22 Oktober 2008) nanti, saya sekali lagi bakal mengepalai satu lagi majlis Program Linguistik, juga atas nama Ketua Pengarah. Moga semuanya berjalan seperti mana yang terkalam dalam tentatif program dan menggembirakan hati semua tetamu jemputan.....walaupun bukan senang untuk kita menggembirakan hati semua pihak....

Ceria pada Hari Interaksi PMFSSK

ceria sangat kala itu
bermesra
ada rasa lara
tp pendama je mcm biasa

Oct 7, 2008

salam adilfitri....




Syukur.


Syukur kerana saya berjaya menyelusuri bulan ramadhan dan merentasi bulan syawal yang bagi saya kurang meriahnya. satu kebiasaan buat saya...


Dan semalam,saya berjaya menghabiskan puasa enam bagi memenuhi tuntutan rohaniah diri...
Maka,syukur sekali lagi..
Ada yang ingin dikongsi sempena kepulangan saya ke JB semasa cuti raya nan lalu..
Dipermudahkan segala plot ceritera, saya gembira kerana dapat keluar bersama rakan-rakan dan insan yang bertakhta di sanubari..
Sepanjang keberadaan saya di Jb,pelbagai aktiviti yang dijadikan pengisian sesama kami..
Berjalan-jalan di tepian laut, berbuka puasa di Senibong, menghirup udara syawal segar di Danga Bay dan memanjakan diri dengan belaian pawana di sekitar Permas Jaya serta meredah masuk kebeberapa gedung membeli-belah:Danga Mall,City Square,Jusco dan Plaza Pelangi.
Sebenarnya, inilah erti keseronokan beraya bagi saya.Bukannya terperap menanti tetamu di pagi hari raya dan tergelak sepi menonton Astro. Akan tetapi berhibur ria bersama rakan taulan mengelilingi kota batu biarpun sudah lali di JB tu ...tapi tak pernah disulam rasa kebosanan.
SAlam AidiLFitRi........................................Maaf ZaHir DAn bAtiN

Oct 6, 2008

KESOPANAN DAN KEBIADAPAN BERBAHASA DALAM PANTUN MELAYU.


˝Terbang burung dari selatan,
dipuput angin sangga bayu,
bukalah surat dari lipatan,
lihatlah pantun bahasa Melayu.˝

hai semua pembaca. pengunjung blog ni...
mari sama2 kita fikirkn,,,betul ke dalam pantun Melayu ada kesopanan?
ada jugak ke kebiadapan?

huhu...