May 2, 2009

Sajak Ini Sajak Khayalan Jer...



Di Pangkuanmu
Bila aku melihat kesungguhanmu
mendekatiku lalu membelaiku
benar-benar kuteruja dan tersanjung.
Terfikir lagi betapa indah
andai belaian itu
diulit rasa suci cintamu
seraya kudibelai di pangkuanmu
kita mendengarkan sebuah melodi
berkumandang sayup tanpa irama
membuatku terlalu asyik
hingga tertitis air mata
terleka
terlena
kerana kesyahduannya.
Lewat pagi
engkau hilang.
Lalu kau kembali menjelma
untuk melamar tulus cintamu.