May 25, 2009

ReLaTioNsHip need :



Understanding

Sacrification

Honestly

Trusting

Give n Take

Selfless

Caring

YOU




Tapi kn, dlm pada kte menyeberangi lautan cinta, pasti tiada ertinya tanpa keberkatan drp Allah SWT dan orang tua kte kn...Renungknlh, skejap pun jd lah..

Hebat ek deria kita

hebat ke mata kita??
kalau kita hanya dapat melihat kesengsaraan kita..
kalau kita hanya dapat lihat kesempurnaan kita..
kalau kita hanya dapat lihat kepenatan kita menabur bakti..
sedangkan yang lain jauh lebih berjasa..
jauh lebih sengsara..
jauh lebih sempurna..
tapi tetap kita persoalkan..
apa yang kita alami..
kenapa mata yang tercipta begitu cantik itu x dpt melihat semua 2??
sedangkan mate 2 x buta??
jadi ape yg bute??hati ke??
atau kita sendiri yang menutup mata kita..
untuk ape??
untuk tidak melihat situasi yang lain??
biar mata mereka sendiri yang lihat..
mata kita hanya untuk kita..
jadi,hebat ke mata kita???

hebat ke hidung kita??
hanya mampu menghidu kesalahan yang lain..
kesalahan kita siapa yang hidu??
x mungkin hidung kita..
kenapa bau kesalahan yang lain dapat dihidu??
biarpun beribu batu jauhnya..
sedangkan bau kesalahan kita,gagal pula dihidu..
atau kesalahan kita x berbau??
boleh jadi tersumbat hidung ketika itu..
tersumbat oleh mukus keegoan..
terus menghalang impuls untuk ditafsir..
tapi hanya ketika bau kesalahan kita saje..
rongga hidung pasti tersumbat..
sedangkan bau di depan mata tidak terkudrat untuk dihidu..
maka hebat ke hidung kita??

hebat ke telinga kita??
hanya mendengar keluhan jiwa sendiri..
keluhan yang lain x pernah terdengar..
apatah lagi ia terbisik..
terkena sikit terus mengeluh..
mengenakan orang kenapa x dikeluh??
keluhan yang lain tak pernah terbisik..
keluhan sendiri sentiasa peka..
sedikit yang lain lakukan,sealam gelombang terkumpul di cuping..
sedangkan yang telah jita lakukan..
terus tercapah dari laluan..
kenapa persoalkan persepsi orang??
persepsi sendiri belum tentu tegak..
kalau bunyi keluhan sendiri saja yang mampu ditafsir..
kenapa tidak terus bertanya??
hebat ke telinga kita...

hebat ke lidah kita??
hanya berkata perbuatan yang lain..
perbuatan sendiri tak terluah pula..
bila ada kesalahan tercipta..
terus lidah memutar bicara..
kesalahan sendiri yang menggunung tiba..
tak sampai tekak dah tersangkut pula..
rasa kecewa pantas dirasa..
kekecewaan mereka dirasa biasa..
sedikit perubahan terus ditanya..
sendiri kekal terjelir pun tiada..
yang lain buat terus persoal..
sendiri buat x pula terasa..
kenapa sekecil zarah pun tak mampu dirasa??
hebat ke lidah kita??

hebat ke kulit kita??
sikit teguran terus tersentuh..
sentuh kesalahan yang lain pantas bergaya..
bila tersentuh muka ditarik sepenuh jiwa raga..
tidak pula diambil pedoman..
bila panas semua dimarah..
bila sejuk sibuk pula bermesra..
apa yang lain tiada kulit ke??
tidak tersentuh perubahan yang ketara??
panas yang lain terus terbakar..
panas sendiri,amarah tercabar..
konon sempurna tak perlu disentuh..
padahal hanya lompong yang penuh..
jangan salahkan yang lain berkata..
sedangkan sendiri tak mampu peka..
biar kulit lain warnanya..
bila tersentuh tetap dirasa..
kalau hanya merasa sendiri..
jangan berlagak terbaik sekali..
hebat sangat ke kulit kita..

Kedudukan terkini UKM & 55 Memoriku Bersama UKM



Sejak last 2 week lagi aku dh terbaca statement Ucapan Tahniah buat UKM coz dipilih sebagai Universiti ke-50 terbaik di Asia dan ke-2 terbaik di Malaysia


“Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul sebagai universiti tempatan kedua terbaik selepas Universiti Malaya apabila disenarai pada tangga ke-51 oleh Times Higher Education (THE). Penarafan universiti serantau yang julung kalinya dikeluarkan oleh QS Quacquarelli Symonds Ltd iaitu penyusun THE-QS World University Rankings dibuat berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti. Menurut Nunzio Quacquarelli, Pengarah urusan QS,Universiti terbaik bukan hanya cemerlang dari segi kualiti tetapi juga produktiviti yang tinggi dalam penyelidikan. Keputusan ini memberi impak kepada UKM kerana semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar antarabangsa untuk menjadikan universiti ini sebagai universiti pilihan. QS adalah pakar maklumat terkemuka dalam bidang pengajian tinggi yang mempunyai pejabat di beberapa buah negara.”
Stiap ari aku sentiasa mengingatkn diriku bahawa…
satu hari aku akan tamat pengajian di UKM dan
satu hari nanti aku akan terkenangkan pelbagai kenangan d’ UKM
Banyak sgt2 kenangan aku kat UKM
Sengaja aku listkn 55 perkara yg aku x mungkin aku lupakan semasa study d’ UKM atau apa2 saje yg berlaku in the name of UKM :::::
semoga saja aku akan tetap mengabadikan kesemuanya ini dalam ingatanku
Insya-Allah


1. Balik za’ba dari kajai melalui KIY sorang2 pukul 4 pg 2. Masak dlm bilik including buat puding, nasi goreng cina, kampung, thai,cucur... 3. Buat pesembahan sajak patriotisme sampai sorang senior menangis2. 4. Buli hanam sampai dia fobia n takut stiap kali jumpa aku. sory yer hanam 5. Stay kat library dr pg sampai dh nk berbuke pose smata2 nk wat tesis 6. Aku sertai program anak angkat sebagai pengarah protokol under kementerian belia n sukan kat Hulu Langat. Aku disuruh jd pengapit n org kampung sindir2 aku coz baju aku lebih cntik drp pengantin 2. 7. Aku tunggu bas untuk ke mana saja 8. Pindahkn brg2 dr Za’ba ke kajai dgn 2 kali trip krete.huhu,letih angkat brg..maha bnyk brg2 aku 9. On9 kat Pusanika n Ibu Zain 10. Tersembur Gobek dgn air minuman coz aku pantang dgr lawak masa tgh minum.hehehe... 11. Sambut delegasi skolah lama aku yg baru tiba di UKM n aku jd pengacara 12. Jadi pengacara masa FESNIDA, AGM PMFSSK@PRISSMA, MEFEK OPENING, Linguistik High-tea, Program Muhibbah PMUKM, KAPREZA 13. Jd ketua pengarah satu program ni kat air terjun sg. Congkak,,,masa 2 slh sorang pesrta (Jawahir) tergelincir sampai patah bahu. Aku pun bawak dia ke klinik berdekatan immidiately 14. Pertemua 6 mata dengan Prof. Shima. Skarang nampak perubahan pd diri aku ni. Syukurlh 15. FC utk program PAKA, Orientation 4 new students, KMNS n mcm2 lg la 16. Tlg angkatkn brg2 puan harison masa dia sakit n x larat samapi ke DKBA 17. Buat esaimen sama2 kat bilik Zul di Kolej Burhanuddin Helmi 18. Ambil short sem. Keadaan sgt lh tenang n damai coz sunyi jer kolej kajai masa 2. 19. Jalan kaki dr Za’ba ke PBBL sambil nangis sorang2..entah apa2 la aku ni kn 20. Baling duit syiling berpuluh2 ringgit dari bilik aku di aras 3 (za’ba) 21. Saat2 jalan kaki mlm2 n sorang2 ke kelas gamelan. Lastly kami anjurkan jamuan perpisahan buat pensyarah tersayang.tp kami panggil dia cikgu 22. Aku terpaksa tolak cinta Ct Mariam coz cara dia mendesak 23. Berat bdn aku mcm graf jerk. skejp naik 10kg, pas2 turun 5 kg pastu naik turun dan sampailh x bleh turun2 24. Saat aku as a ketua program masa 2, mrh bdk2 junior coz lembab. itu ini, semuanya tak tahu..program yg aku maksukn: majlis berbuka pose PMFSSK 25. saat setiap kali aku x tdo bila esoknya ada final exam..tp kdg2 kuiz n mid term pun sama 26. Tatkala sorang hamba Allah ni ketuk pintu bilik aku (kat Za’ba) semata2 mengadu kelaparan n nk pinjam duit RM 3. aku bg dia tp dia terus senyap sampai now ni. memanglh RM 3 jer tp yg aku concern adalah nilai n norma dia. 27. Saat aku menang award King of.... 28. Saat aku jaga erwansyah yg sakit ala2 nazak ketika itu..peliknya stiap kali sakit, nape aku sorang je yg dia akan panggil? 29. aku make-up n complete myself with crowded costum kurang lebih 7 jam setiap kali collage dinner 30. Stiap kali aku jerit namadanny n hai siang melalui tingkap/blok aku. kelakar tgk danny menggelabah 31. Saat menjd juri pemilihan wakil debat Kajai ke DECTAR. Masa 2 ada sorang calon tibe2 pengsan, rupa2nya dia 2 junior linguistic.kwang3x 32. Saat dinobatkan sebgai johan pertandngn Dikir Barat Pesta KonvokesyenUKM ke-36. Klakar sgt. mcm ne la aku bleh join dikir barat? 33. Aku penah temankn hayyu bergambar kenang2an sblm dia berambus totally dr UKM ni. masa 2 dia pakai jubah konvo dia 34. Masa aku jd juri pertandingan teater muzikal MEFEK di panggung seni 35. mengenangkn aku pernah mewakili Za’ba ke prtngn pesta pantun inter-collage. Mlm sblm petndgn 2, aku n budk2 aku mrayap pusing2 1 KL. kurang 1 jam sblm pertandingan bermula, barulh aku bangun tdo. alamak…tobat2. 36. Mcm ne aku boleh jd johan pertandingan sape cpt makan limau masa pesta ang pau Kajai sdgkn aku jenis bencikn limau selain durian. 37. Zal sanggup dtg UKM smate2 nk jelaskn keadaan sebenar hubungan aku dgn blonde. I hate u, blonde!!! 38. Masa aku kemalangan kena langgar motor. 39. Aku gosok gigi sampai berus gigi aku patah 40. Aku reject kwn baik aku sendiri drp group esimen coz dia x nk wat esaimen. Asyik2 aku n yg lain2 je kena wat easimen. Finally, dia dpt gred D. Tak ade tolak-aaaaaaaaaaaansur ok!!! 41. Tlg halaukn monyet yg kacau moter bdk2 pompuan kat parking blakang Pusanika. muka comel 2 comel sgt n mcm x berslh je even dh kena halau. haha 42. Dgr lagu kat radio n laptop kuat2 pastu melalak x hengat dunia sampai mengamuk fared. 43. Ditemu bual ramai sbnyk 2 kali oleh radio UKM (MIDAS). slh 1 tajuknya ialah metroseksual. 44. Lepak kat bilik jaksa n pondok derita dgn kachong sambil2 tu aku wat show bibir tipis n dikir barat maut aku 2. kelakar sgt2 45. Aku set up rambut pelakon teater MENTION. bdk pompuan tu bg kebenaran utk aku gunting rambutnya lbh kurang 10 inci panjangnya. 46. Presentation laman web linguistik n komp. by aku n coursmate aku. Pembentangan paling menghiburkn dlm sejarah UKM. aku jamin 100%. 47. Meniaga masa pesta konvo UKM ke-35 48. Masa 2 tgh masak nasi lemak kat Bilik PAKA utk dijual kat tapak MEFEK. tibe2 terima panggilan utk jd pengacara bidan terjun sbg ganti pengacara puaka yg tlh tarik diri 2. 49. Lepak kat tasik kejut (kejuruteraan ) dgn shuk sampai nk masuk maghrib. 50. Ronda2 satu UKM dgn Izhar naik motor 51. Sewa basikal dr KTHO bersama Z, Minder n Ej . 52. Pengsan 2 kali dlm bilik lepas sahur coz kena alergik yg termatlh teruk. Tq pada najib n minder yg tlg bawak aku sampai ke kereta 53. Stiap kali masa mandi aku dgn shuk, pastinya x lupa utk melemparkan vokal maut secara berduet. Tanpa kami, blok K17F akan kesunyian giler 54. Pernah skali 2 aku deman panas hampir 3 minggu.Makan ubat PK pun x berkesan. last2 aku g klinik swasta 55. Buat ucapan maut utk dimasukkn dlm mjalah Media Hiburan. Popular skejap.
warga UKM sekalian,
smoga kita bersua kembali


naja
lin
faz
zul
ali
eda
mida
ayu
gun
yati
syu maksu
faiz
z
gobek
farah
dona
yatimah
yana
petir
kepit
ali
syahril
awe
haris
oyie
pidot
yan
ayob
boby
pok nik
hashim
ida
edy
chong
susi
hidayh kajai
hidayah linguistik
che ku sharifah
hanam
hisham
faliq
fared
koki
rajesh
fira
atiqa
mila
jiha
due
azmin
ros
sharida
en. lazim

dan terlalu ramai lg yg pernah menemani serta memberi erti pada kehidupan aku
semasa aku menjadi pelajar hidup dan ilmu di
UKM
i'll miss all my frens no matter who u are, what u've done to me--