May 30, 2009

Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir

Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.

Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1,

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.

Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard. [Source : Washington Post , 31 Mei 1952 ]

Virus-Virus Daripada Khinzir

Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.

Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'. [source: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997]

Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi. [source:

Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.

Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918. [ source: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000]

Menurut Dr. Virginia Hinshaw pula, Dekan di Graduate School University Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi merupakan suatu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain dan sistem pertahanan manusia tidak mampu untuk menangkis daripada serangan-serangan ini. [Source: Your Health, Flu Fighters, Research for University of Wisconsin-Madison,

Pada bulan November 1997 pula, Dr. Robinson Weiss daripada Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERVS di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat/organ daripada babi kepada manusia. [source: Campaign for Responsible Transplantation - Press Releases 1998, New Biotech Partnership Threatens Public Health, Oct. 21 1998]

Sebelum itu pada bulan Ogos 1997 pula, saintis-saintis dari Australia telah menemui satu lagi virus dari binatang ini. Ia amat bahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui dan dikenali sebagai virus menangle daripada kumpulan paramyxovirus. [Source: Mercola. com, New Pig Virus Can Infect Human, Dr. Joseph Merola, 1998]

Penyakit Dan Jangkitan Daripada Khinzir

Setelah kita mengetahui virus-virus yang boleh dijangkiti dan didapati didalam virus, cuba kita lihat pulak penyakit-penyakit bawaannya. Ini adalah antara penemuan terbaru masakini.

http://fauzynm.tripod.com...at215.html


Pengharaman Khinzir Di Dalam Al-Quran

Umat Islam mula memandang Khinzir sebagai najis sejak lebih 1400 tahun dahulu apabila turunnya ayat tentang pengharamannya. Dalil nya bolehlah kita buka balik Al-Quran didalam surah Al-Baqarah ayat 173.

" Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah dan daging babi." (Al-Baqarah, 173)

Walaupun ayat ini telah diturunkan sejak lebih 1400 tahun yang lalu, namun begitu adalah satu perkara yang amat menyedihkan apabila sebahagian hikmah-hikmah pengharamannya hanya dapat diketahui dan diselongkar bermula dari penghujung abad ke-19 dan 20.
Dan lebih menyedihkan, kebanyakan hasil penyelidikan ini adalah dibuat oleh kalangan bukan Islam. Walhal umat Islam telah pun diberikan hidayah dan masa yang cukup lama untuk memikirkan kejadian Allah ini.


Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir

Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.

Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. Wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1, http://health.iafrica.com/)

Betul ke virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya di dalam khinzir?

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.

Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh menyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr.Glen Shepard. [Source : Washington Post , 31 Mei 1952 ]



Virus-Virus Daripada Khinzir

Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya.

Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.

Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr.Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis-saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'. [source: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997]

Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi. [source: http://news.bbc.co.uk/hi/english/health/newsid_489000/489385.htm]

Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.

Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918. [ source: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000]

Menurut Dr.Virginia Hinshaw pula, Dekan di Graduate School University Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi merupakan suatu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain dan sistem pertahanan manusia tidak mampu untuk menangkis daripada serangan-serangan ini. [Source: Your Health, Flu Fighters, Research for University of Wisconsin-Madison, http://www.news.wisc.edu/chancellor/yourworld/45.html ]

Pada bulan November 1997 pula, Dr.Robinson Weiss daripada Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERVS di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat/organ daripada babi kepada manusia. [source: Campaign for Responsible Transplantation - Press Releases 1998, New Biotech Partnership Threatens Public Health, Oct. 21 1998]

Sebelum itu pada bulan Ogos 1997 pula, saintis-saintis dari Australia telah menemui satu lagi virus dari binatang ini. Ia amat bahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui dan dikenali sebagai virus menangle daripada kumpulan paramyxovirus. [Source: Mercola.com, New Pig Virus Can Infect Human, Dr.Joseph Merola, 1998]


Penyakit Dan Jangkitan Daripada Khinzir

Setelah kita mengetahui virus-virus yang boleh dijangkiti dan didapati didalam virus, cuba kita lihat pulak penyakit-penyakit bawaannya. Ini adalah antara penemuan terbaru masakini..

Penolong Professor Perubatan di Pathalogy and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine iaitu Daniel S. Shapiro, M.D. yang juga merupakan Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, telah merumuskan lebih daripada 25 penyakit-penyakit yang boleh dijangkiti daripada babi. Di antaranya ialah :-

Anthrax
Ascaris suum
Botulism
Brucella suis
Cryptosporoidiosis
Entamoeba polecki
Influeza
Leotospirosis
Scabies
dan banyak lagi
Kajian oleh Alix Fano (m.A.), Murry J.Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.) mendapati, di antara penyakit-penyakit ini, ada yang boleh membawa maut, sebagai contoh, leptospirosis yang boleh menyebabkan kerosakan hati atau liver dan juga buah pinggang. [source : Med.Research Modern Comm., Alix Fano, Murry J.Cohen, Of Pigs, Primates and Plagues: A Layperson's Guide to the Problem With Animal to Human Organ Transplaants, 1998]

Dan yang paling menggemparkan ...

Virus daripada keluarga HIV juga wujud didalam babi di bawa oleh DNA nya dan tidak boleh dipisahkan. Professor Robin Weiss seorang pakar didalam bidang kuman virus dari Institiut Kajian Kanser, London menulis, " Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah, babi mempunyai kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang daripada babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah daripada keluarga yang sama dengan kuman HIV." [source: Xenotransplantation, Virus Transfer-What The Experts Says, UK, 2000 http://www.liberation-mag.freeserve.co.uk ]



Pandangan Tokoh-Tokoh Perubatan China

Sebuah jurnal Kesihatan China yang amat terkenal suatu ketika dulu iaitu Yum Show Tan, iaitu satu jurnal tentang kepanjangan usia ada menyebut, " Di saat kematian, perasaan takut akan memasuki hati babi dan nafasnya yang terakhir memasuki hempedunya. Semua daging adalah berkhasiat melankan daging babi. Jangan makan daging babi." [source: What Is Islam, Hj.Ibrahim Ma, PERKIM, KL hal 8]

Pada zaman Dinasti Tang ada seorang tabib yang amat terkenal bernama Sun See Mao. Beliau hidup sampai ke umur 100 tahun meengarang sebuah buku bernama Sheh Shen Lu (Catatan-catatan kesihatan). Di antara isinya ialah, "Daging babi merangsang penyakit-penyakit lama, menyebabkan kemandulan, penyakit sakit tulang dan asma." [source - sda - ]

Di zaman Dinasti Ming pula, ada seorang tabib bernama Lee Shih Ch'en. Beliau amat dihormati dan mengarang 50 jilid buku-buku perubatan atau Materia Medica, dan tentang daging babi, beliau berkata, " Ia boleh mendatang kesan yang bahaya." [source - sda - ]

1 comment:

Anonymous said...

pjg sgt nk bc btl2..
scan je bc..nway, nice entry.

maksu tgk halaQah last week..ustz daniel sentuh jgk point2 y de dlm entri ni..

pepun, "no pork,plz"
(+,^)v