May 19, 2009

Memorabilia Gema Amin

Ni sajak yg aku cipta sendiri
aku akui, sajak ni sajak yang berat dan akan buat org bosan dan rasa serik untuk membacanya kali kedua. tp, aku puas coz sajak ni ambik masa 11 bulan dan merupakan sajak yang ke -45 dalam himpunan puisi rekaan aku.



fuhh!!! nk siapkn sajak ni punyalah seksa. sebermula pencarian material sampailah sunting-menyunting hinggalah sekarang aku teringin nk edit berulang-ulang



tp ni lumrah, alah, nama pun manusia, so, memang satu benda tu x pernah yg sempurna..by d way, sajak ni aku dh suruh Aliajwad masukkan dalam web linguistik kami bertiga.



Sajak ni aku terbina atas dasar apa yg dikatakn sbg pemerhatian aku terhadap sesuatu dan luahan pemikiran, dan pastinya tak da kena-mgena langsung pada sesiapa yg rapat mahupun tak rapat dgn aku.



Ayuh, nikmati bersama
aku puas kalau kalian puas hati n even korang tak suka pun , x pe
tp bacalah dulu


then,silalh turunkn komen ikhlas dan pastinya yg membina sahaja, ok.
tata~~~~









Musnah permai pucuk rasaku
membayangkan pesta ceria
mashyurnya terabadi bersemayam
dalam adunan astana ingatan
laris dikenang segala keasyikan
yang sealam dengan drama
tentang kutunda hadirkan taubat.

Sedang pawana senja berzapin
berlara-lara dasar rasaku
merembiskan tangisan tasyhid
menebar renungan di pengairan sirah
yang bisa membaitkan segunung kisah
keterabaian buat karma dukaku
kulayarkan keranda ketegaran dosa
menyusuri sungai yang menadah
tangisan kenaifan rohaniah
mencantum kudrat menyemai angkuh
pada kelahiran baru janin dosaku
pada kemilau jiwa kesundalanku
menyemai kurnia gelar mahkotaku.

Lantas mahmumah membauri darahku
terpuruk batinku merentasi zahir
kala memikirkan keampuhan zuhud
mendepani ketewasan hidupku
mungkinkah kebersalahan itu kelak
adalah tanggungan kantung jiwa suramku?

Syukur Ya Rahman Ya Rahim,
berada dikemandulan darjat
membuatku mentasdik keagungan-Mu
setelah sekian lama kuntai-intai
hadirmu menjengah tenat diriku
akhirnya dialunkan bebuih firman
meresapi ruang tandus hatiku
yang berkerak di dalamnya
dahulunya hanya likat kekufuran
akhir gelita ini ternyata mendukung
keperkasaan menggenggam al-taubat
dan kepedulian al-hidayah
mengasah setiap tumpul imanku.

Bergegak sahutan kalimah amin
diiringi himpun udara keimanan
yang meneroka bujur tubuhku
datangnya bersama tulus taqwa
merobah lubuk lohmahfuzku
mendamba keberangkatanku ke akhirat
seakan penyerahan sesuci badarsila.

....dan gema amin kuperdengarkan lagi...





3 comments:

Anonymous said...

maksu xbc lg sjk dh gatal nk komen dl:

"tp, aku puas coz sajak ni ambik masa 11 bulan dan merupakan sajak yang ke -45 dalam himpunan puisi rekaan aku."

meLampaU laMpau sgh interframenya..huhuuuu~~~
cett! =p
keep it up my fwen..

Anonymous said...

huhuuu~~..moksu dh bc..

manTOP! gy bhs cntik.
cume,maksu xbrp nk fhm.
ni standard kemala nih!

teruskan berkarya! =)

-syu_maksu-

eroul86 said...

maksu, nanti kte jumpa, kte pahamkn maksu yer