May 24, 2009

Apa kata aku tentang fesyen? (Part 2)



Hai semua, aku kembali lagi dengan kata fikir rasa aku terhadap fesyen Part 2
Mcm mana pendapat korang dengan Part 1? Apapun, harap korang akan melihat dan menanggapi pendapat aku secara positif, Insya-Allah. O.k lah, diteruskan lgi dengan Part 2:
Inspirasi fesyen kita perlulah dikagumi kerana itu kita mencedok atau langsung membudayakan ilham itu
Ilham bergaya datang tanpa diundang
Kadang kala, ilham itu biasa kita sebut sebagai magis yang mampu merbuah penampilan dan perwatakan peribadi kita sekelip mata
Ilham perlu dikagumi dan lantaran itu, kita harus terus mencari ilham dengan cara berfikir sedasar-dasarnya.
Atau juga, kita boleh mengharapkan ilham akan berjaya menghiasi kotak fikiran kita
Gaya yang salah, jika difikir-fikirkan, itu adalah berpunca daripada kita.
KENAPA?
Kerana ilham itu memanglah datang mencurah-curah tetapi fikiran kita wajarlah menjadi penapis!!!!
BETUL TAK?
Tapis segala yang tidak cocok dan kelihatan bodoh atau tidak kena pada tempatnya
Gaya berubah pada setiap masa
Dan, percaya tak yang gaya kita kadang kala perlu merentasi zaman?

Bergayalah dengan sebijaknya..Cuba perbaiki gaya kita setidak-tidaknya perlahan-lahan.
Maha penting, jangan TAKUT bergaya.

Selamat Bergaya!!!!

No comments: