Sep 20, 2008
Esok nak balik jb
Sep 18, 2008
Renung seketika,.,.,.,.,.,.

Sep 15, 2008
Dua Majlis Berbuka Puasa
Sep 10, 2008
Peresembahan buat sahabatku
Bunga raya kelopaknya merah,
Memori lama menduga lagi. Andai kita melayari tiap-tiap kenangan yang menceritakan tentang sahabat, maka kita akan segera menginginkan kembali saat-saat canda tawa yang pernah terpasak kemas di benak kita. Berbicara tentang sahabat, ingin saya suburkan kembali kenangan berteman dengan Rokiah, sahabat yang selalu sabar dengan persisiran kerenah saya dan tahan dengan nanah-nanah fitnah orang lain. Semuanya kerana ingin mendekatiku atas dasar pelajaran.. Kenangan bersamanya lebih indah berbanding Taj Mahal malah kenangan bersamanya tidak pernah didokumentasikan di atas mana-mana warkah. Hubungan ini diharap terikat sampai mati namun siapalah saya ingin mengubah setiap butir-bitir takdir Allah yang tersulam kekal sejak azali. Entah di mana Rokiah sekarang...Saya rindu ingin memujuknya acap kali dia menangis minta dimengerti beban yang melingkar laju di sanubarinya.saya masih mencari kata-kata yang sepadan untuk mewakili persahabatan ini.
Kita renung-renungkan...
"Teman tu bukan macam papan ski, belum main digilap, dah main dipijak. Teman tu bukan macam bola sepak, belum dapat dikejar, dah dapat ditendang. Teman tu bukan macam bulu tangkis, belum main dipegang, dah main dipukul. Tapi teman tu macam ragbi, belum dapt direbut, dah dapat dilindungi. Teman tu macam jari, bila luka ia sembuh, bila hilang tiada gantinya..."
Sep 9, 2008
Nukilan sajak saya yang terkini
Suara Keinsafan Mendamba Syurga
Terjangkau usia sebegini
kankucurahkan segalanya…
Suara impian tergelincir
di danau kemusnahan
setelah lelah memencil
di belukar keazaman
kelekaan menciptakan rimba igauan
merangkul kembali kisah penghinaan
berendam tangisan memuja nostalgia
sekurun dosa dan selingkar nafsu
begitu pantas bersenyawa...
Merasa nikmat belaian kemugkaran
lalu mendabik dosa dan noda
yang bertanda disanubariku
bagai selamanya mendajalkan hidup...
Realiti kehancuran impian
mudah dimenangkan kala itu
haruman rahmat sukar didampingi
terkurung diri di sangkar kegelisahan
selamanya gelita dengan sesalan.
Masih ada gemerlap salju hidayah
menjunam megah di lubuk harapan
lalu kutegakkan nisan kemaafan
kucuba bolosi pintu keampunan
seraya air mata gagah merangkak
di pipi keinsafan.
Kembara terakhir ini
kembara meraih keredhaan abadi
walau bimbang dosa semalam
memamah bahagia mendatang.
Mendamba syurga di kala nostalgia
terus menghukum masa depanku.
Puisi keinsafan ini tak kuduga
bisa menciptakan pepohon penyesalan
lalu menjelmakan haruman keimanan
dan kesempurnaan yang menjanjikan
pentas syurgawi nan gemilang.
Sep 4, 2008
Semunya fasal kajang

Semalam saya berkesempatan "meneroka" seketika pekan Kajang . Tapi sebelum tu, saya terlebih dahulu meminta kawan saya menghantar saya dari PPBL,UKM ke Hentian Kajang(lewat jam 6.00 petang). Di sana, hanya satu yang saya pinta....moga-moga ada bas yang lalu-lalang dalam kesesakan orang ramai membeli juadah di bazar Ramadhan. Agak lama saya menanti kemunculan basa Rapid KL mahupun bas mini...Selayaknya bas disamakan seperti seorang artis yang ternyata dinanti-nanti oleh ribuan peminat setia. Kita lupakan seketika tentang bas.. Dalam penantian hampir 45 minit, ramai juga kenalan dari UKM yang bertukar-tukar salam seraya berjabat tangan . Ketika ini langit menukar kulit tubuhnya...Warna-warna senja menyelimuti permukaan langit. Harmoninya warna-warna itu mungkinkah melambangkan perpaduan teras kejayaan? Keinginan nekad saya menjejakkan kaki ke kajang membataskan diri saya untuk mengeluh menanti bas yang entah bila sampainya. Oppppsss....berbalik semula menjengah kisah penantian bas sebentar tadi..Dalam penantian yang menorbankan masa,tiba-tiba kelihatan bas mini meluncur laju bagaikan seluruh jalan di sekitar sana milik pemandu tersebut.Memang laju...Terlalu sesak dengan penumpang dan mungkin atas dasar itulah bas itu mendapat jolokan basa sardin.Urmm...Mana tidaknya,bas tersebut membawa terlalu ramai manusia..mungkin juga ada rupa persis 50 jenazah yang berkongsi sebuah pusara..Hahaha...Saya redha,saya bersaing dengan ramai juga manusia yang pelbagai rupa dan bau semata-mata ingin merasa satu nikmat kekayaan:seolah-olah orang kaya yang memiliki pemandu sendiri(sedangkan hanya sebuah bas awam). Saya sekali lagi berfantasi..Bukankah tiada bayaran mahupun caj tersembunyi dikenakan jika kita berangan?Sekian dahulu,



